BENGKEL BAHASA ARAB


Bengkel Belajar Mudah Bahasa Arab www.inazs.com

 
Sejarah Kelas Belajar Mudah Bahasa Arab

Saya mengajar mata pelajaran Tafsir Hadith untuk tingkatan 1, 2 dan 3, Fiqah Tauhid untuk tingkatan 2 dan 3, Sivik untuk tingkatan 2 dan 3, Bahasa Arab untuk tingkatan 2.

Saya telah menubuhkan Kelas Percuma ini sudah agak lama . Bermula pada tahun 2010 lagi, ketika itu saya belum lagi menjadi pendidik seperti pada hari ini. Mungkin kerana minat yang mendalam terhadap Bahasa Arab ini, saya mengadakan kelas ini dengan harapan agar ilmu yang saya ada sedikit ini, dapat terus dikembangkan walaupun saya bukan seorang guru .

Saya mula berkhidmat di Sek Agama Men Sg Hj Dorani, Sungai Besar pada 2 Febuari 2012 . Secara rasminya saya mengadakan Kelas Belajar Mudah Bahasa Arab ini adalah pada 28 Mei 2012 . Kelas ini telah mendapat sokongan penuh daripada pihak pengurusan dan juga penjaga pelajar .


Tujuan Program

Berikut adalah tujuan utama kelas ini diadakan : -

1.    Meningkatkan prestasi serta pencapaian Bahasa Arab di kalangan pelajar
2.    Mengisi masa cuti dengan program ilmiah yang berfaedah
3.    Mengukur tahap kebolehan pelajar terhadap minat menguasai Bahasa Arab
4.    Meningkatkan kemahiran sedia ada dan peningkatan ilmu

No comments:

Post a Comment